Malaysia Malaysian issue issues solution directory idea ideas public article

Saturday, May 28, 2011

Perangi inflasi ciptaan kapitalis barat

Bendung inflasi
Saudara pengarang,
Perkara : Membendung inflasi ciptaan kapitalis barat

Bermula zaman industri di Eropah sekitar awal tahun 1800an menandakan berakhirnya zaman pertengahan yang mengutamakan aktiviti perdagangan lebih melibatkan pertanian.
Aktiviti industri moden membolehkan keuntungan dikaut oleh pelabur kapitalis berlipat kali ganda, perkembangan teknologi pengangkutan ,komunikasi dan hiburan digunakan sepenuhnya oleh mereka bagi memenuhi nafsu kekayaan duniawi.
Sistem perdagangan dan perbankan bersandarkan amalan riba sudah tidak cukup memberikan kepuasan untuk mengaut untung maka perdagangan spekulasi saham syarikat dan pertukaran mata wang juga menjadi mangsa sistem kapitalis. Tidak dihairankan akan kemunculan fahaman sosialis, fasis dan komunis kemudiannya yang memberikan alternatif kepada sistem kapitalis di awal tahun 1900an.

Gelembung inflasi yang semakin membesar diakibatkan oleh aktiviti spekulasi pasaran yang dikatakan bebas, nilai barang tidak lagi bersandarkan nilai sebenar tetapi dikatakan akibat permintaan dan penawaran.
Namun satu dunia sudah pun menjadi begitu bobrok dan tidak boleh diselamatkan lagi, sistem sosialis dan komunis pun gagal untuk mengantikan sistem kapitalis kerana mereka juga tidak boleh lari dari naik turun komuniti asas dagangan antarabangsa , mereka juga terpaksa menerima harga yang telah ditetapkan oleh pasaran antarabangsa.
Bagi mengukur betapa teruknya akan gelembung spekulasi, kita boleh mengumpul data akan penetapan nilai harga barang di zaman awal Islam berdasarkan sumber hadis sahih, nilai wang emas dan perak berbanding dengan kurma, susu kambing, beras, gandum, ternakan kambing dan unta contohnya.

Jika kita menghayati dan menyedari apa yang sebenarnya kita hadapi setiap kali harga minyak dunia naik, perbuatan tidak bertanggungjawab menaik harga adalah tidak dapat diterima. Apatah dengan laungan kenaikan gaji untuk kakitangan awam boleh menambah lagi gelombang kenaikan harga.
Kita sepatutnya sebagai orang awam saling bekerjasama membendung kenaikan harga barang, setiap dari kita perlu bertimbangrasa dengan hanya menetapkan harga untung pada kadar yang munasabah.
Diperingkat negara pula, beberapa pendekatan boleh diambil seperti mengadakan perdagangan barter bertukar komuniti asas sesama negara membangun yang lain, memajukan sumber tenaga biomas dan melakukan pelaburan penanaman bijirin di luar negara.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai , Marang.

No comments:

About Me

My photo
Writing public articles

Followers