Malaysia Malaysian issue issues solution directory idea ideas public article

Saturday, September 26, 2009

Menghadapi gelombang kedua H1N1

Saudara pengarang,

Pelan Kecemasan Menghadapi Darurat H1N1 Pusingan Kedua

Kemungkinan berlaku jangkitan pusingan kedua wabak H1N1 sememangnya tidak boleh ditolak, ini kerana saki-baki jangkitan pusingan pertama berkemungkinan telah disebarkan secara meluas ke seluruh lokasi dalam negara. Kes-kes kematian dan jangkitan yang berlaku ketika fasa pusingan pertama berakhir dianggap sebagai kes terpencil tidak boleh diambil ringan. Kesedaran orang ramai terhadap langkah keselamatan juga berkurangan apabila wabak pertama diistiharkan berakhir turut memainkan peranan besar bagi penularan jangkitan fasa kedua secara senyap-senyap. Maka itu jangkitan kedua berlaku serentak dengan momentum yang besar dan menyeluruh.

Jika jangkitan pertama, dianggarkan kurang 10% populasi penduduk Malaysia berisiko tinggi untuk menerima jangkitan. Jangkitan pusingan kedua dijangka dapat memberikan impak risiko bahaya kepada populasi sekitar lebih 60%.

Maka itu, langkah-langkah keselamatan daripada jangkitan masih perlu dilakukan untuk tempoh 2 bulan selepas wabak diistiharkan berakhir. Orang ramai perlu sentiasa diingatkan untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan berikut selain daripada memakai topeng muka dan membersih tangan, iaitu;

1- Mencuci basmi kuman di tempat-tempat sensitif kuman seperti tombol pintu, permukaan meja, butang lif, permukaan kabinet kaca, perabut kerusi, tong sampah dan tempat-tempat yang selalu disentuh oleh orang awam pada kadar sekali sejam sekurang-kurangnya dengan menggunakan cairan antikuman seperti dettol ( sukatan setengah tudung dengan setengah liter air ).

2- Lantai lobi premis perniagaan dan koridor siar kaki perlu dibasmi kuman sekurang-kurangnya sekali sehari dengan cairan peluntur pakaian seperti klorox bleach dan kao bleach ( jika kao bleach - guna sukatan 3 tudung dengan baldi mop medium ).

3- Udarakasa sekitar kawasan tumpuan awam perlu dibasmi kuman dengan kaedah pembuihan air. Kaedah ini secara mudahnya seperti memasang sistem udara untuk ikan akuarium tetapi airnya telah ditambah bahan antikuman seperti dettol ( pada kadar sekurang-kurangnya setengah tudung untuk sebaldi air ) untuk basmi kuman H1N1 di udara. Air perlu ditukar selepas 2,3 hari atau ditambah dettol pada hari berikutnya. Dianggarkan setiap ruang 10x10x10m memerlukan 3 unit pembuihan udara yang menggunakan pengepam udara berkembar berkuasa 5 watt hanya dijual pada harga RM 15 sebiji.

Perlakuan pembasmian kuman adalah langkah yang amat penting bagi mengurangkan dan menghapuskan virus kerana bahan antikuman mampu merosakkan molekul-molekul protein pada partikel virus daripada berfungsi untuk tugasan normal. Maka virus itu tidak boleh menjangkiti sel perumah.

Bersegeralah kita bersama berdoa agar wabak ini berakhir untuk selama-lamanya.


Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Tarikh : 18-09-2009 12am

Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.ramzamuda.blogspot.com

Monday, August 24, 2009

Hapus H1N1 - cari, tangkap dan bunuh ia

Saudara Pengarang,

Beberapa kaedah untuk membendungi wabak Selsema Babi

Jangkitan selsema babi H1N1 sudah pun mencapai tahap pandemik di peringkat tempatan. Kecenderungan wabak ini mudah dijangkiti kerana partikel virus ini boleh disebarkan dengan mudah melalui medium udara seperti mana demam biasa berbanding dengan SARS dan selsema burung yang hanya boleh dijangkiti dengan sentuhan cecair badan secara langsung.

Namun begitu, virus ini tetap mempunyai kelemahan iaitu ia masih boleh dimusnahkan dengan beberapa kaedah cegah kuman yang biasa diamalkan. Orang ramai pastinya tidak yakin akan penyataan bahan antikuman boleh musnahkan virus memandangkan virus itu bukannya sel hidup. Tetapi kita telah lupa yang mana partikel virus itu juga terdiri daripada molekul kompleks protein yang menjalankan fungsi sebagai enzim atau mekanisme perlekatan kapsul virus kepada dinding sel perumah, contohnya. Maka itu, kemusnahan protein ini dengan tindakan kimia bahan antikuman dapat melumpuhkan fungsi virus pada keseluruhannya seumpama manusia 'pembunuh atau perompak' yang telah kehilangan anggota kaki dan tangan tentunya sangat sukar untuknya beroperasi.

Manakala dos pendedahan kepada partikel virus juga mungkin turut memainkan peranan dalam menentukan seseorang untuk jatuh sakit dan menunjukkan simptom-simptomnya. Seumpama jika seseorang terkena sengatan daripada seekor tebuan, tentunya tidak membawa kemudaratan atau kematian berbanding jika disengat oleh sekumpulan tebuan. Maka itu hanya pada kepekatan dos partikel virus yang tertentu sahaja yang boleh menyebabkan tanda sakit demam muncul. Pada tahap kepekatan rendah, sistem imum badan masih mampu membunuh secara berkesan partikel virus yang hadir asalkan nutrisi pemakanan asas yang cukup seperti vitamin c terutamanya bagi membantu fungsi badan ditahap maksimum.

Bagi memastikan kepekatan dos pendedahan partikel virus H1N1 pada tahap rendah dan tidak membawa kemudaratan, kita hendaklah mulai kini mengamalkan etika pembasmian kuman sebaik mungkin. Walaupun tidak mencapai tahap kebersihan makmal biologi, sekurangnya-kurangnya kepekatan dos partikel virus dapat dikurangkan serendah mungkin.

Maka itu orang awam disarankan untuk meningkatkan langkah-langkah untuk membendungi jangkitan virus baru ini dengan;

1- Membersihkan tempat yang selalu disentuh oleh orang ramai seperti tombol pintu, butang lif, permukaan meja kaunter, meja pameran kaca dengan cara minima kaedah semburan antikuman komersial dan lap. Guna kepekatan yang disyorkan oleh label.

2- Permukaan lantai di premis awam perlu dibersih dengan ditambah larutan kimia peluntur komersial mengikut sukatan labelnya. Peluntur komersial juga boleh bertindak sebagai bahan antikuman yang berkos rendah. Ia juga boleh digunakan untuk mencuci alas-alas kaki dan karpet kaki di tempat-tempat awam pada kadar sekali sehari.

3- Jika berlaku tahap jangkitan tempatan yang lebih serius, setiap premis perlu menyediakan tempat basmi kuman untuk tapak kasut dengan cara minima disediakan kain yang dibasahkan dengan cairan peluntur komersial dan kemudian dipijak-pijak oleh kasut. Pihak berkuasa tempatan perlu menyembur cairan antikuman di kawasan awam seperti lorong-lorong pejalan kaki, lobi-lobi premis perniagaan bagi meminimumkan jangkitan.

4- Kaedah-kaedah baru penapisan udara daripada partikel virus perlu dicari segera dan difikirkan bersama. Berkemungkinan konsep kaedah pancaran uv atau filtrasi fizikal boleh digunakan untuk tujuan itu.

Langkah-langkah tersebut tidak berupaya untuk menghapuskan secara total virus H1N1 tetapi setakat untuk mengurangkan risiko jangkitan ke tahap serendah mungkin. Diharapkan wabak ini akan dapat diatasi sepenuhnya menjelang 6 bulan akan datang.


Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Tarikh : 25-08-09 2pm

Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman.

Tuesday, January 27, 2009

Bantu Palestin dengan pertahankan sempadan dan bina tambah sempadan baru dengan penambakan laut Mediterranean

Dua artikel ini telah ditulis sekitar 2004



MENUKAR OIC MENJADI PERTUBUHAN YANG BERKESAN

Kita semua pernah membaca laporan di dada akhbar tempatan tentang apa yang berlaku di Palestin sekitar bulan November 2003 yang teramat membimbangkan kita sebagai umat Islam. Keangkuhan Israel telah melampaui batasannya. Pasukan tentera udaranya sudah mula berani menceroboh ruang udara negara Syria dan melakukan pengeboman pertama kali semenjak 30 tahun.

Jika sebelum itu bangunan pentadbiran kerajaan Palestin dikepung dan Arafat hendak diusir keluar. Peranan besar Yasser Arafat sebagai penimbal kepada keamanan Palestin diperlekehkan malah pernah pihak Israel bercadang untuk membunuh beliau. Dan kemudian pula sasaran ditukar pula. Apakah pihak zionis lebih senang hati jika militan Palestin bertindak di luar kawalan selepas kematian pemimpin Hamas – Sheikh Ahmed Yassin. Maka dengan mudah dengan atas alasan memerangi keganasan, negara seteru Yahudi – AS dan Britain sekali lagi melakukan penaklukan seperti mana Iraq dan Afghanistan.

Sebagai umat Islam, saya amat berasa simpati apa yang menimpa nasib ke atas nyawa-nyawa manusia yang tidak berdosa di bumi Palestin. Rundingan damai amat lambat prosesnya hinggakan berpuluh tahun. Keselamatan nyawa rakyat Palestin memerlukan pembelaan seberapa segera maka di sini saya mencadangkan agar negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam sahabat yang kini sedang mempengerusikan Pertubuhan OIC melakukan inisiatif menggerak dan menukar peranan Pertubuhan OIC untuk menjadi badan dunia yang pragmatik dan berkesan.

Mekanisma untuk OIC menjadi pertubuhan yang pragmatik ialah dengan cara menaja aktiviti menegak keamanan di negara anggota yang bermasalah. Maka itu OIC wajar menubuhkan Pasukan Pengaman Negara-negara Islam atau dinamakan sebagai Pasukan Keamanan Negara-negara Islam. Mungkin sebelum penubuhan pasukan tersebut perlu diwujudkan Majlis Keselamatan Negara-negara Islam atau Majlis Keamanan Negara-negara Islam bagi menaja pertubuhan pasukan pengaman dan menjalankan prosedur kerja asas penubuhan pasukan tersebut.

Penubuhan organisasi pasukan pengaman daripada negara-negara Islam amat diperlukan kerana jika kita mengharapkan inisiatif daripada PBB adalah amat mendukacitakan. Masih ingatkah lagi kita akan tragedi di Bosnia-Herzegovina [1992-1995] dan Kosovo [1999] dulu. Pertubuhan OIC tidak boleh lagi menjadi tempat untuk melepas cakap dan menyatakan draf resolusi mesyuarat tetapi sebagai pertubuhan yang bergerak di atas nama keselamatan umat Islam dan sebagai kuasa ekonomi dunia yang bersatu.

Jika AS-Britain mengunakan isu memerangi keganasan untuk melakukan peperangan. Maka itu negara-negara Islam dalam OIC wajar menggunakan alasan menegak dan memelihara keamanan negara-negara anggota yang lemah sebagai motif utama. Penempatan Pasukan Pengaman Negara Islam juga relevan ditugaskan di Iraq mengambilalih tugas AS-Britain dalam proses membina semula demokrasi di negara tersebut. Instrumen atau mekanisme asas pasukan pengaman negara Islam ialah melindungi nyawa rakyat awam dan memberikan bantuan kemanusiaan.

Kewujudan pasukan pengaman negara Islam perlu diteruskan selagi keamanan mutlak tidak dicapai. Jika Israel melakukan pencerobohan dan serangan maka ia telah melakukan serangan kepada negara-negara Islam yang lain. Pejuang militan Palestin harus ditandatangani dengan secara wajar oleh Majlis Keselamatan Negara-negara Islam, mungkin patut mereka diekstradisi atau ditempatkan di negara Islam yang berkecuali.

Faktor-faktor yang memungkinkan OIC boleh dan mampu mewujudkan pasukan pengamannya sendiri kerana di ada kalangan negara Islam mempunyai kekuatan modal daripada negara-negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi, Libya, Kuwait dan Bahrain. Kekuatan persenjataan daripada Turki dan negara-negara Islam bekas jajahan Soviet. Manakala kepakaran dan tentera terlatih daripada negara Malaysia, Mesir dan Pakistan. Bersamalah kita berdoa agar sesuatu gagasan yang tegas dapat memelihara keselamatan ummah lahir daripada tempoh waktu Malaysia mempengerusikan Persidangan OIC kini.





Membina Sempadan Baru Negara Palestin

Perkembangan terbaru isu Palestin adalah pembinaan tembok pemisah oleh pihak regim zionis dan pembunuhan sewenang-wenangnya pemimpin-pemimpin kanan Hamas. Fenomena ini mengulangi peristiwa Tembok Berlin yang terkenal itu. Sememangnya pembinaan tembok dan pembunuhan pemimpin tersebut tidak diiktiraf dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh negara kita dan negara Islam yang lain. Namun rakyat Palestin masih mempunyai harapan untuk mempunyai tanahair sendiri walaupun Israel mendapat sokongan suku-sakatnya dari puak Anglo-Amerika untuk menindas mereka. Selain penyelesaian pelan damai yang tiada kesudahan akan perlaksanaannya, penyelesaian alternatif lain dimana umat Islam sedunia boleh menolong rakyat Palestin ialah dengan membina sempadan negara baru Palestin iaitu dengan melakukan penambakan tanah gurun ke kawasan cetek laut yang berhampiran. Manakala perebutan Baitul Maqdis boleh diselesaikan dengan pembinaan kompleks raksaksa bertingkat Baitul Maqdis Baru.

Penyelesaian alternatif yang dikemukakan ini adalah langkah-langkah terakhir yang boleh diambil jika penyelesaian pelan damai terus dihantui jalan buntu. Pembinaan sempadan baru negara Palestin secara dilakukan penambakan tanah gurun merupakan salah satu cara penyelesaian masalah yang bersifat berkecuali tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan tidak menggugat mana-mana kedaulatan mana-mana negara. Penambakan tanah laut yang dicadangkan bukannya penambakan keseluruhan ( total ) tetapi memadai dengan pembentukan beting tanah yang berkelebaran seminimum 2 kilometer. Jenis penambakan ini boleh dikatagorikan sebagai penambakan pintar kerana melibatkan beberapa aspek yang unik. Kewujudan beting tanah tiruan ini bermula di Semenanjung Gaza dan berakhir di muara delta Sungai Nil di Mesir. Maka tanah dan batu dari Semenanjung Sinai, Mesir boleh digunakan untuk tujuan ini. Selain beting tanah ini berfungsi sebagai tanah baru Palestin, ianya boleh digunakan untuk mengepung air muara Sungai Nil yang kemudiannya boleh digunakan untuk tujuan pertanian di sekitarnya.

Pembinaan beting tanah tersebut melibatkan laluan utama Terusan Suez, maka itu perlu diwujudkan pintu kawalan air untuk kapal keluar-masuk. Kewujudan beting tanah baru tidak boleh dijadikan alasan kelambatan aliran perkapalan Terusan Suez, malah aliran perkapalan antarabangsa di Terusan Suez boleh dipertingkatkan dengan membina satu lagi terusan baru selari dengan terusan lama menjadikan Terusan Suez berfungsi sebagai terusan berkembar dimana aliran keluar masuk berjalan serentak tanpa perlu mengikut giliran jadual perjalanan. Pembinaan tanah tambak pintar ini mempunyai dua keuntungan. Selain kawasan baru ini diisytiharkan menjadi tanah baru negara Palestin, ianya boleh digunakan untuk mengumpul air tawar dari muara Sungai Nil. Seterusnya air ini digunakan untuk tujuan pertanian di kawasan tanah baru, Semenanjung Sinai, Semenanjung Arab dan kawasan gurun Sahara. Kawasan penambakan pintar boleh dikatakan berfungsi sebagai empangan air tawar di lautan. Penghijauan kawasan tanah gurun tersebut dijangkakan dapat menurunkan sedikit suhu panas dunia.

Penyelesaian secara berkecuali untuk Bandar Baitul Maqdis yang menjadi perebutan itu mungkin perlu diisytiharkan sebagai bandaraya berkecuali antarabangsa dengan OIC sebagai pentadbirnya. Kompleks gergasi yang bertingkat perlu dibina bagi mengantikan struktur penempatan dan tempat ibadah sedia-ada. Struktur bangunan asal tidak dimusnahkan tetapi dipindah semula ke dalam kompleks gergasi ini. Maka semua penganut agama berbeza dapat menjalani aktiviti ibadah mereka tanpa menganggu di antara satu sama lain di berlainan tingkat. Sebagai contohnya, bangunan masjid Al-Aqsa boleh dipindahkan ke tingkat atas kompleks gergasi ini. Manakala tapak ibadah agama lain berada di tingkat bawah kompleks besar ini. Satu-satunya tapak dilindungi sepenuhnya oleh orang Islam ialah kawasan batu tergantung yang berkait rapat dengan sejarah Nabi Muhammad S.A.W. Kawasan lain di Baitul Maqdis lebih berkait dengan pensejarahan Yahudi, maka lebih elok dibuat kajian arkeologi lebih lanjut. Kajian arkeologi ini amat penting kepada umat Islam juga kerana hampir 50% nabi dan rasul yang utama diutuskan kepada bangsa itu. Fakta-fakta sejarah nabi-nabi perlu ditentusahkan agar nas-nas dari teks Al-Quran dapat dibuktikan kebenarannya. Selain daripada itu, pentarikhan peristiwa-peristiwa penting kenabian dapat menyokong fakta bahawa manusia bukannya hasil daripada evolusi biologi di muka bumi ini.

Penyelesaian berkecuali ini sememangnya diluar jangkaaan kemampuan manusia masa kini. Hambatan kekusutan konflik Israel-Palestin perlu diselesaikan secepat mungkin. Semua ini bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan pemimpin-pemimpin negara Islam untuk menyelesaikannya.

About Me

My photo
Writing public articles

Followers