Malaysia Malaysian issue issues solution directory idea ideas public article

Wednesday, October 15, 2008

Ramzamuda Direktori Senarai Idea 1,2

> SORRY.. NOT IN INTERNATIONAL LANGUAGE , THIS IS MY MALAYSIAN RELATED TOPICS...

RAMZAM DIREKT JUN 2003

Direktori Idea Kedua [ 2 ] , sila klik selepas ini...... 2nd RAMZ Idea's Directory

Direktori Idea Ketiga [ 3 ] , sila klik selepas ini...... 3rd RAMZ Idea's Directory


Senarai Artikel Sudah Siap, sila klik selepas ini........ Several Complete Articles Based on Ideas

DIREKTORI IDEA DAN PEMIKIRAN PERIOD 1988-2003
SENARAI;

1- Pemulihan akhbar Utusan Melayu secara berpakej khas, contohnya penggunaan ejaan rumi-jawi di bahagian tertentu.

2- Potensi penggunaan biodiesel daripada minyak kelapa sawit dan etanol ubi kayu.

3- Potensi penggunaan dan kelebihan teknologi lestari berbanding dengan bioteknologi.

4- BANTUAN PEMBINAAN TERUSAN KEMBAR RENTAS SONGKLA ( Cross Songkla Twin Canal atau CSTC ) DI SEGENTING KRA OLEH MALAYSIA.

5- PERKHEMAHAN PERPADUAN UNTUK PERINGKAT SEKOLAH DAN IPT BAGI MENINGKATKAN INTEGRASI NASIONAL.

6- SISTEM MAKLUMAT PERTANIAN DI PERINGKAT AKAR UMBI DI INTERNET.

7- SISTEM PEMASARAN HASIL PERTANIAN SECARA AKAR UMBI DI PERINGKAT DESA.

8- STRATEGI GUNA TENAGA EKSTREM TANPA MENGGUNAKAN PENDATANG ASING, GOLONGAN MUDA TIDAK DIBENARKAN MEMASUKI SEKTOR AWAM SEHINGGA UMUR 30, UMUR BERSARA DILANJUT KEPADA 65 ETC….

9- PENGGUNAAN TANAH PARADIGMA BARU, KAWASAN PAYA MENJADI TANAMAN KEKAL SEPERTI SAWIT DAN GETAH MANAKALA KAWASAN TINGGI UNTUK TANAMAN BIJIRIN DAN SAYURAN, PENGGUNAAN SEMULA PADI BUKIT SEBAGAI BIJIRIN UTAMA SEBAGAI JAWAPAN PERTANIAN JIMAT AIR.

10- PENGGUNAAN UBI KAYU DAN KACANG HIJAU SEBAGAI MAKANAN TERNAK.

11- PROGRAM HOMESTAY DI BANDAR KUALA TERENGGANU DI MUSIM CUTI SEKOLAH.

12- MENAMBAH NILAI HASIL MAKANAN SEPERTI RAMBUTAN UNTUK DITINKAN.

13- PENGGUNAAN JALAN TEROWONG GALI PASANG KAMBUS DI KAWASAN CERUN BERBUKIT UNTUK ELAK TANAH RUNTUH.

14- PENGGUNAAN AIR BUANGAN SEBAGAI PENGAIRAN DI KAWASAN GURUN.

15- PENGGUNAAN TANAMAN HERBA DAN ULAM TEMPATAN SEBAGAI TANAMAN LANSKAP.

16- PERTERNAKAN IKAN TILAPIA SECARA BESAR-BESARAN DI MALAYSIA.

17- PELABURAN OLEH KORPORAT MALAYSIA DI NEGARA ISLAM BEKAS SOVIET DALAM PENGHASILAN PRODUK GANDUM, KAPAS, JAGUNG, SOYA ETC.

18- POTENSI MALAYSIA MENJADI NEGARA MAJU DAN PENERAJU NEGARA ISLAM

19- KAITAN MALAYSIA DENGAN RAMALAN NOSTRADAMUS SEBAGAI NEGARA PENGANJUR KEAMANAN SERIBU TAHUN.

20- PENGUNAAN MENARA MASJID DI DESA SEBAGAI MENARA TELEKOMUNISASI MIKRO.

21- MENGGALAKKAN PROGRAM GUNA-SEMULA, ESSENTIF BARU HARUS DIPERKENALKAN.

22- PENUBUHAN DANA BANTUAN MIKRO UMNO UNTUK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN, PERNIAGAAN KECIL DAN USAHA TANI SKALA KECIL DAN SEDERHANA BESAR DI BAWAH SELIAYAAN UMNO TETAPI DUIT DANA DIPEGANG, DIAGIH DAN DIKUTIP SEMULA OLEH AGENSI KERAJAAN SEPERTI PNB ATAU BANK NASIONAL. DUIT DANA DIJANA DENGAN MEMPERUNTUKKAN UNDANG2 SYARIKAT BUMIPUTRA MEMPERUNTUKKAN 10% DARIPADA KEUNTUNGAN TAHUNAN (DENGAN ISSENTIF PENGECUALIAN CUKAI BERGANDA) DAN PERATUSAN BESAR KEUNTUNGAN HASIL PETROLEUM (MAKA WANG EHSAN UNTUK TERENGGANU BOLEH DIBUBARKAN)

23- PENANAMAN KELAPA SAWIT SEBAGAI TANAMAN HIDROKARBON ORGANIK DI AFRIKA DAN AMERIKA LATIN

24- PENUBUHAN STESEN GUNA SEMULA YANG EFEKTIF YANG MEMBELI SEMULA DI KAWASAN BANDAR DAN PEKAN KECIL.

25- PEMULIHAN SUNGAI DI MALAYSIA, KAEDAH MESRA ALAM MELIBATKAN PENANAMAN POKOK DARI KAWASAN HULU SUNGAI HINGGA KE HILIR SUNGAI.

26- PEMBINAAN TANAH TEBUS-GUNA LEBIH MESRA ALAM DIMANA TANAH TEBUS-GUNA DIBUAT MEMBERI RUANG SATU KILOMETER ATAU SETENGAH KILOMETER DARIPADA TANAH PAYA BAKAU.

27- PEMBINAAN TERUSAN PINGGIRAN KOTA ALTERNATIF KEPADA TEROWONG BERKOS MAHAL ?IDEA 14 JUN 2003

28- STRUKTUR2 YG BOLEH DIBINA DI KAWASAN SELAT MELAKA ? IDEA 16 JUN 2003
I. KOTARAYA TERAPUNG TERDIRI DARI STRUKTUR KONTRIT.
II. PULAU BUATAN DARI TEBUS GUNA PASIR LAUT.
III. TASIK AIR TAWAR HASIL DARIPADA PEGEPUNGAN PULAU BUATAN.

29- PENUMPUAN KEPADA TENAGA LESTARI YANG MURAH DAN MUDAH;
I- PEMBAKARAN BIOMAS SELULOSA (SERAT KAYU).
II- PENGUNAAN BIODIESEL DARIPADA ETANOL DAN SAWIT.

30- PERPUSTAKAAN DAN KAFE SIBER DI KAWASAN LUAR BANDAR – DIMANA PENGGUNAAN SEKOLAH RENDAH, TADIKA, BALAIRAYA DAN KAWASAN MASJID.

31- CADANGAN PENGURUSAN BIOMASS;
I- PENANAMAN BUAHAN BERKALA, HERBA DAN ULAMAN DI HUTAN SEKUNDER.
II- PENANAMAN BULUH SEBAGAI TANAMAN BIOMAS UTAMA DI KAWASAN TANAH TERBIAR, TANAH PAMAH PANTAI.

32- MEWAJIBKAN PEMULIHARAAN POHONAN NATIF (TUMBUHAN ASAL TEMPATAN) DI MANA PENANAMAN WAJIB DI KAWASAN SEMPADAN TANAH PERSENDIRIAN.

33- PENGEHADAN PRODUK BIOTEKNOLOGI
I-JIKA TANAMAN ALTERED GENE – DITANAM DI KAWASAN TERPENCIL
II-JIKA PRODUK BERKAIT FERMENTER – HASIL PRODUK MESTI DITULEN DAN MIKROB ASAL DIBUNUH

34- PENANAMAN POKOK HERBA DAN ULAM-ULAMAN TEMPATAN DI KAWASAN LADANG HUTAN, LADANG KELAPA SAWIT DAN LADANG GETAH- IDE 23 JUN 2003

35- PENANAMAN POKOK KABUNG SEBAGAI PENGHASIL GULA MOLASES MURAH

36- PERTERNAKAN AYAM-ITIK DAN LEMBU KAMBING SECARA FEEDLOCK DI KAWASAN GETAH DAN KELAPA SAWIT.

37- PENGGUNAAN INCENERATOR SESUAI DENGAN PENGGUNAAN TENAGA DARI BIOMASS

38- MENINGKATKAN SIMPANAN AIR TAWAR DUNIA;
I- PENGUNAAN AIR BUANGAN SEBAGAI SUMBER PENGAIRAN
II- PEMBENTUKAN TASIK BUATAN DI MUARA SUNGAI
III- PEMBENTUKAN TASIK BUATAN DI KAWASAN LAUT CETEK

39- DANA BANTUAN MIKRO UMNO- DBMU DISEGI RELEVENSI PEMBANGUNAN BUMIPUTRA.

40-RELEVENSI HUDUD TULEN DI SUDUT SAINS GENETIK DAN KESAN PSIKOLOGI TERHADAP MASYARAKAT, PENGGUNAAN HUDUD TULEN SEBAGAI UNDANG- UNDANG GARIS PANDUAN UTAMA DISERAPKAN KE DALAM UNDANG2 BIASA
CONTOH DICADANGKAN;
I- HUKUM MATI BAGI KESALAHAN MEMBUNUH DI APLIKASI TERHADAP PENGEDAR DADAH DAN SEUMPAMANYA
II- HUKUMAN ZINA DAH BERKAHWIN DIBUNUH- MASA KINI PEMANDULAN BOLEH DIHUKUMKAN, JIKA PEROGOL ALAT SULIT DIBUANG MENGIKUT DARJAH KESALAHAN DSB

41- PENJELASAN DAN PANDANGAN ISLAM TERHADAP TEORI EVOLUSI KEHIDUPAN.

42- KEWUJUDAN MAKLUK BERUKERA SERUPA MANUSIA SEBELUM TURUNNYA NABI ADAM DAN HAWA DI MUKA BUMI.

43- PENYELARASAN IKTIKAD SAINS TULEN SELARI DENGAN KEFAHAMAN KETAUHIDAN DALAM ISLAM.

44- Pelabelan spesis berukera serupa manusia yang berevolusi sekitar 250 ribu tahun hingga 15 ribu tahun dahulu sebagai orang-orang, manu-manu atau KEMALUK.

45- Siaran rancangan sains di televisyen boleh dilipatgandakan apabila kefahaman Teori Revolusi Kehidupan diperjelaskan sepenuhnya menurut relevensi al-Quran.

46- Siapakah Malaysia sepanjang sejarah dunia, dulu,kini dan akan datang?

47- Malaysia sebagai Middle of the Wold's Land

48- Signifikan drastik pembinaan Terusan Kembar Rentas Songkla. “Cross Songkla Twin Canal”

49- Pembinaan 2 projek Super Mega oleh Malaysia yang boleh mengubah geoekonomi ASEAN secara drastik.

50- Malaysia boleh menghancurkan ekonomi Singapura dengan.....

51- Malaysia dengan nujuman Nostradamus sebagai negara penganjur Keamanan Dunia 1000 tahun.

52-Gesaan Korperat mega Malaysia melabur dalam industri penghasilan makanan di rantau Asia Tengah.

53- Potensi biodiesel daripada etanol dan sawit.

54- Potensi Etano-sawit sebagai produk biopetroleum negara-negara membangun tropika.

55- Majlis Dialog antara PM dan para ahli kabinet secara berjadual dengan pelajar IPT untuk
menangani masalah mahasiswa yang lebih condong kepada propembangkang.

56- Gesaan Korperat mega Malaysia melabur dalam industri penghasilan makanan di rantau Asia Tengah.

57- Globalisasi - senjata makan tuan kepada Barat apabila negara membangun mula menjalankan perdagangan secara timbalbalas sesama mereka dan penurunan kos bahan mentah kepada separuh dari standard yang ditetapkan oleh Barat.

58- Reformasi strategi guna manusia ala Malaysia bagi mengatasi masalah warga asing dan juga motivasi untuk berjaya oleh golongan remaja Malaysia - strategi pihak kerajaan hanya mengambil tenaga kerja apa bila mereka lepasi umur 30 tahun, usia bersara dilanjut 75 tahun (usia PM sebagai panduan) dan remaja hanya dibenarkan untuk belajar, memasuki pasukan keselamatan,badan-badan sukarela dan juga bekerja swasta.

59- Alternatif kepada GAJI MINIMUM ialah penurunan kos sara hidup- menentu aras bahan- bahan asas keperluan iaitu bahan tenaga,bijirin dan makanan.

60- SAINS ISLAM pencetus sekularisasi di Eropah sepanjang tahun 800 masehi hingga 1200 masehi.

61- Sumbangan Islam terhadap penemuan Dunia Baru Amerika.

62- Pengetinan buah-buahan di Terengganu oleh PERTIMA.

63- Perternakan Tilapia di Malaysia: Penternakan dengan teknik natural.

64- Strategi gunasemula yang lebih kos efektif bahan-bahan sisa makanan (kompos), sisa perkayuan (sumber potash) dan plastik (medium tanah palsu).

65- Format mp3 muzik rakaman RTM di arkib digital RTM.

66- Arkib digital majalah2 lama Utusan di internet.

67- Bandar Kuala Terengganu yang baru(Kota Darul Iman) relevan mengantikan Bandar KT lama.

68- Bantuan modal dan jentera untuk perusahaan tani di peringkat desa.

69- Penubuhan DPMU(Dana Pinjaman Modal UMNO) sebagai dana yang lebih besar untuk Bumiputra.

70- Barat menafikan ramalan Nostradamus, disegi siapa yang menjadi antiKristian dan juga negara mana yang layak menjadi penganjur keamanan seribu tahun.

71- Radio Klassik di RTM,apa dan kenapa...

72- Perusahaan tanah secara integrasi sepenuhnya, gabungan getah/kelapa sawit-hasil balak-hasil buah-bijirin-penternakan.

73- Laporan Wilayah di TV1,relevan dan kesan2nya.

74- Kempen tanam pokok,selamatkan dunia...

75- Kempen tambak tanah untuk Palestin...

76- Penukaran Selat Tebrau kepada tasik air tawar...

77- Pelaksanaan dasar2 berkaitan dengan agama Islam oleh UMNO secara pendekatan bersederhana katakunci kelebihan UMNO untuk melawan agenda melulu PAS.

Kemasukan data 12-06-2002

78- Belajar bahasa inggeris secara santai di tv, bahasa asal dibunyi ejaan dalam sebutan bahasa asal dengan terjemahan bahasa melayu.

79- Program sampah di tv malaysia, rancangan drama sampah tidak membangun fikiran otak rakyat Malaysia.

80- Perbandingan susunan rancangan tv di zaman awal tv malaysia dengan sekarang, kelebihan dan kekurangan.

81- Bijirin sekoi dan betari [millet & sorghum] sebagai makanan ternak ayam-itik di Afrika.

82- Potensi bijirin ubikayu sebagai sumber kanji dan kacang hijau sebagai sumber protein.

83- Strategi cetak rompak- album edisi bujet cd murah harga RM 9.90

84- Perpustakaan teks dan audio politik PAS oleh Astora Jabat dengan sokongan iklan.

85- Penubuhan Amiro Interlinx, AMIRO adalah ringkasan untuk Angkatan Melayu Muda Islam Rasi-O-nal de l'Organisation.

86- Penubuhan Institut Pemikiran Mahathir, kolektif pemikiran dan strategi genius PM Malaysia ke-4.

87- Teknologi Inovasi baru Industri Komputer Malaysia yang mengemukakan teknologi ringkas, mudah dan mengguna semula teknologi lama, iaitu;

1.Alat set up tv internet mempunyai ciri pc
2.EZ-Printer menggunakan roll ink mesin taip lama.
3.EZ-typer, mesin taip mempunyai ciri notebook dan printer.
4.EZ-writer, mesin PDA ringkas berciri mesin kira untuk memasukkan teks.
5.Perisian software Malaysia dipanggil EZ-dos,EZ-word, nama lain EZium
atau Ezon.
6.Penggunaan gelombang AM dalam bentuk digital yang dipadatkan diringkas
CAMDfre (Compressed AM Digital Frequency) untuk hubungan telekomunikasi
dan internet generasi baru.
7.Radionet merupakan internet baru yang mengaplikasikan gelombang cAMD
baru yang amat murah,caj hanyalah dikenakan untuk lesen akses tahunan
serendah RM 60 seorang untuk satu mesin Radionet. Radionet lebih menum-
pukan chat room, mesej teks dan telekomunikasi suara dua hala.

Kemasukkan data 01-07-2002

88- Bernas sepatutnya mengwujudkan gred beras kampung yang dijual dengan harga antara RM 1 hingga RM 1.20 sekilogram manakala Bernas membeli padi di peringkat akar umbi di kampung-kampung pada harga RM 0.60 hingga RM 0.80 sekilogram padi.

89- FAMA dicadangkan mengwujudkan gred 'produk kampung' bergred rendah bagi sayuran dan buah-buahan dan membelinya diperingkat akar umbi.

90- Kajian kegunaan sisa kelapa sawit dan getah digabungkan, getah berfungsi sebagai bahan tar manakala sisa sawit sebagai bahan biomas.

91- Kajian untuk menukarkan bahan getah kepada plastik mesra alam.

92- Penggunaan kulat getah sebagai sumber protein murah. ( idea 23 jun 2003 )

93- Mempertingkatkan industri palpa dan kertas tempatan - penggunaan serat dari buluh.<

94- Pengunaan tanah beris dan tanah terbiar tepi pantai sebagai;
i- Penanaman kelapa dan pohon ru untuk tujuan lanskap
ii- Penanaman ladang pokok gelam untuk penghasilan madu lebah
iii- Penanaman hutan buluh untuk industri tenaga biomass dan pembuatan kertas

95- KERAJAAN TEMPATAN MENYEDIAKAN RUMAH RAKYAT- RUMAH PANGSA YANG BERKOS RENDAH DI KAWASAN BANDAR DIMANA MEMPUNYAI REKABENTUK ASAL TEMPATAN, KAWASAN SETINGAN TEPIAN SUNGAI DAN PINGGIR LAUT SESUAI UNTUK DIBINA. IDEA 24 JUN 2003

96- Pengwujudan pengangkutan awam yang murah dan efisien seperti keretapi dan bas awam merupakan kata kunci untuk mengawal pencemaran udara.

97- PENUBUHAN AGENSI PENYELIDIKAN, PENEROKAAN DAN PENEMUAN LUAR ATMOSFERA MALAYSIA ATAU RINGKASNYA APLAM SEBAGAI JAWAPAN NEGARA DALAM PEMBABITAN MALAYSIA DALAM BIDANG PENEROKAAN ANGKASA LEPAS.

98- PENEMPATAN STESEN PEMANCAR KAPAL ANGKASA DI PULAU LANGKAWI DI SATU TEMPAT YANG DINAMAKAN APLAM-GATE [ G-ERBANG A-NGKASAWAN TE-RBANG]

99- MENGATUR STRATEGI PENEROKAAN PLANET MARIKH DALAM TEMPOH MASA 50 TAHUN AKAN DATANG, KONSEP PENAMBAHAN JISIM PLANET MARIKH DUA KALI GANDA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PENGEBOMAN NUKLEAR KEDUA BULANNYA DAN ASTROID BERDEKATAN.

100- PENGGUNAAN PESAWAT ANGKASA HIBRID YANG MEMPUNYAI EN JIN ROKET DAN JET, DIMANA ENJIN JET BERFUNGSI KETIKA MASIH DI ATMOSFERA BUMI, KAPAL ANGKASA MENDARAT MENGGUNAKAN KONSEP MELUNCUR 'GLIDER'

RAMZAM'S DIREKTORI IDEA PEMIKIRAN UNTUK NEGARA MALAYSIA
EDISI 2
MULA 25 JUN 2003

01- PENGGUNAAN SIMEN-FERO SIAP BINA DALAM PEMBINAAN DINDING UNTUK RUMAH KOS RENDAH, MAKA RUMAH 3 BILIK DAPAT DIJIMAT KOS. DICADANG JUGA SIMEN-SERABUT SAWIT

02- GULA TEBU DIFITNAH BARAT SEBAGAI PENYEBAB MASALAH GEMUK DAN DIABETES WALHAL MAKANAN BERKARBOHIDRAT PATUT DIPERSALAHKAN, SATU PENYELEWENGAN FAKTA, MAKANAN BERKANJI DIDESKRIPSI SEBAGAI MAKANAN SAJIAN UTAMA YANG BERLEBIHAN DALAM PIRAMID MAKANAN, SILA RUJUK DIET DR. ATKINS

03- PRINSIP ENJIN LAMPAU HABA [PLASMA] DALAM PENGGUNAAN MINYAK BIO DIESEL DARI MINYAK SAYURAN SEPERTI SAWIT

04- PENGGUNAN AIR BUANGAN BASUHAN DAN MANDIAN SEBAGAI AIR ‘FLUSH’ TANDAS- JULAI 2003

05- PROGRAM MENJODOHKAN WANITA BELUM BERKAHWIN DENGAN JEJAKA BUJANG DARI PUSAT SERENTI, PENJARA DAN SEKOLAH BUDAK JAHAT SEBAGAI JAWAPAN TIADANYA PASANGAN UNTUK ANDARTU… KEMENTRIAN KEBAJIKAN KELUARGA MENSPONSOR MASKAHWIN

06- SKIM UNIK MENGHAPUSKAN PENYELUDUPAN BERAS DAN MENINGKATKAN PENGELUARAN BERAS NEGARA- HARGA BERAS YANG RENDAH RM 1 SEKILO DAN HARGA PADI MENTAH RM 1.50 SEKILO IDEA 19-08-2003

07- Memberikan Nafas Baru Kepada OIC iaitu membentuk dua mekanisme instrumen tindakan baru – pertama menaja keamanan negara anggota, keduanya menyelaraskan kerjasama ekonomi – Sept 2003

08- HARGA TIKET PENGANGKUTAN REL DAN BAS YANG AMAT RENDAH ADALAH KATA KUNCI UTAMA MENGURANGKAN KESESAKAN LALULINTAS KL- idea 05-11-2003

09- Menambah pegangan ekonomi bumiputra dengan menukarkan simpan emas kepada simpanan dana, dianggarkan kekayaan RM 60 billion dapat dijanakan ? idea 20-11-2003

10- Malaysia tidak mempunyai masa untuk menumpukan isu remeh temeh yang jumud tentang Islam tetapi Malaysia harus menerajui dunia Islam untuk menegakkan dan memperkukuhkan Islam dengan cara melaksanakan projek antarabangsa ? idea 15-11-2003

11- Sistem Pengenalan Elektronik Kenderaan untuk mengurangkan risiko kemalangan di jalanraya dimana penggunaan sistem tag elektronik radio frekuensi digital AM, nov 2003

12- Penggunaan terowong letak-pasang-timbus di kawasan cerun berisiko tinggi ? nov 2003

13- Sibukkan anak muda terlibat lumba haram dengan aktiviti tertentu seperti pertandingan mencari bakat bola, pertandingan sukan rakyat, dll - idea januari 2004

14- Penagih dadah kronik ditempatkan di pusat penahanan di pulau terpencil, pusat serenti hanya untuk golongan pertama yang tidak kronik atau pertengahan. idea januari 2004

15- Pembangunan pertanian di kawasan tanah gambut sensitif terbakar perlu mengekalkan unsur air dan tanah jika hendak diusahakan dimana aras air dikekalkan. Tanah dikorek dalam dan ditimbunkan untuk membentuk struktur pulau atau batas ekstrem. idea 27 januari 2004

16- Gangguan manusia kepada ekosistem alam semulajadi faktor penyebab wabak penyakit. ambil contoh, wabak selsema burung dimana tanah paya tempat persinggahan burung berhijrah musim sejuk dibangunkan untuk perusahaan menternak, maka pencemaran virus kepada air minuman ternakan memudahkan jangkitan total secara besar-besaran. idea 28-januari-2004

17- Wanita Islam perlu mencari jalan lain dalam soal pemakaian apabila larangan berhijab[bertudung labuh] seperti di Perancis dan Turki, iaitu dengan cara merelevankan pakaian moden tetapi menutupi aurat seperti penggunaan topi, kemeja leher tinggi, cardigan tutup leher, skaf gipsi, cap sukan, sarung kepala dikait dari bulu kambing, idea 31 januari 2004

18- Potensi penggunaan gelombang mikrowave untuk membunuh virus SARS, selsema burung dan prion penyakit lembu gila melalui kaedah pemusnahan rantaian protein dan genetik. idea 01-februari- 2004.

19- Sumber makanan daripada haiwan dan makanan laut perlu dimasak dahulu dengan suhu tinggi gelombang mikro untuk basmi kuman sebelum dijual kepada orang awam. Paradigma sumber daging sebagai sumber mineral dan vitamin harus diganti dengan sayur dan buah. Penekanan sumber daging hanya diperlukan sebagai pembekal protein sahaja. idea 05 feb 2004

20- Malaysia boleh membina pesawat angkasa yang berkos rendah dan lebih selamat dengan mengabungkan konsep penggunaan hibrid enjin jet-enjin roket, sfera keselamatan untuk kokpit utama yang boleh terpisah dari kapal induk jika menghadapi masalah seperti Tragedi Colombia 2003 dan penerbangan pulang secara konsep"safe glider" atau "slow glider"..... idea 07 feb 2004

21- Strategi baru membunuh populasi nyamuk iaitu mengambil kelemahan ciri nyamuk jantan yang menghisap bendalir pokok maka pokok berciri baru dimana mempunyai penarik semulajadi [mungkin bahan feromon betina nyamuk] dan mengandungi bahan anti serangga [insektisid] biologikal. Pokok ini boleh diberikan kod- pokok sayang nyamuk. idea 20 februari 2004

22- Menukar ciri pokok tanaman tembakau sebagai pengeluar bahan biokimikal pasaran tinggi seperti contoh bioracun anti serangga [racun serangga], bioester haruman [minyak wangi], biodisinfektan antikuman[pembasmi kuman] 21-02-2004

23- Pakej menyelamatkan zoo negara meliputi langkah-langkah; pengwujudan tabung warisan mengumpul derma, dapatkan tajaan komersial syarikat swasta, pakej lawatan pelajar sekolah, penginapan mesra alam di kawasan berbukit dan tanah hutan yang dimiliki oleh pihak zoo. Idea 24-02-2004

24- Formula-formula strategi baru untuk BN lakukan jika berjaya menawan semula negeri Terengganu dalam pilihanraya 2004 ini, melibatkan penyusunan penempatan, skim pinjaman mikro, penggalakkan pelancongan dll. Idea 28-02-2004

25- Pertandingan menulis esei kreatif pemikiran genius oleh suratkhabar tempatan, dimana peserta adalah anak muda dibawah 35 tahun - idea 29-02-2004

26- Sistem Pengundian Elektronik menggunakan internet perlu dilaksanakan sebelum mewajibkan setiap pengundi membuang undi, disamping itu sistem siren automatik pengesanan pengundi hantu juga perlu diwujudkan...... idea 02-03-2004

27- Loji Perwaja Kedah digunakan untuk memproses semula kaca dan besi terbuang untuk menghasilkan produk berkait pertanian yang murah - idea 10-04-2004

28- Konsep penanaman tanpa bajak ZeLI [ Zero Land Impact ] dimana pengselenggaraan tanah secara potongan rumpai sepanjang masa yang tertentu, pembajaan dan peneutralan tanah dengan baja kapur dijalankan secara berkala.Idea 15-03-04

29- Mengenalpasti dan membanteras pendaftaran pengundi hantu dengan cara tambahan maklumat ketelusan tinggi seperti lokaliti- tempat lahir, tempat kerja, perniagaan daripada rujukan Jabatan Pendaftaran Negara, LHDN, KWSP... paparan Maklumat Ketelusan Tinggi Peribadi Pengundi [MKTPP] perlu ditayang kepada umum untuk penyiasatan parti politik untuk menentusah ketulenan pengundi tersebut - idea 24-03-2004

30- Wujudkan Talian Aduan Terbuka Tingkah-Laku Pelajar Sekolah di Akhbar-akhbar utama tempatan untuk melapor perlakuan pelajar seperti samseng,buli,raging,ponteng sekolah,merokok,vandalisme tanpa menyembunyikan identiti sekolah asal mereka, ianya perlu kerana kini tidak perlu lagi menganggap fenomena buruk yang berlaku di sekolah adalah kes terpencil dan perlu dilakukan penyelesaian tertutup. Idea 02-04-2004

31- Prospek siaran prabayar Astro, idea 03-04-2004

32- Kerajaan Terengganu digesa untuk menyelamatkan 2 pawagam warisan di Kuala Terengganu, idea 04-04-04

33- Jawatan guru besar dan guru disiplin diserah kepada wanita kerana peranan keibuan lebih berkesan menangani masalah samseng dan displin pelajar di sekolah..... idea 08-04-2004

34- Siswasah kelulusan tinggi menganggur diserap menjadi guru ambilan khas yang memperolehi gaji lumayan dan peluang melanjutkan pelajarannya.... idea 17-05-04

35- Kaedah-kaedah mengelak murid sekolah bawa beg berat- utamakan teori, menulis nota dan perbincangan di bilik darjah, kaedah latihan menggunakan kertas copy... bukan bawa buku teks bacaan dan buku latihan... contoh; pelajar disuruh baca dulu bab topik di rumah, kemudian esoknya menjalani ujian soal-jawab mudah....Mei 2004

36- Variasi penggunaan semula gelombang AM tetapi dalam bentuk digital yang dipadatkan dapat diguna sebagai salah satu applikasi jalur lebar. Boleh digunakan untuk menyalurkan komunikasi telefon bimbit, radio digital dan siaran televisyen interaktif maka ini boleh memberikan saingan baru kepada siaran Astro. AM digital juga boleh digunakan dalam sistem pengesanan objek - manusia atau kenderaan di atas permukaann bumi dengan konsep sistem GPS terestrial - boleh digunakan untuk mengesan kenderaan curi atau merekod pergerakkan ketika kemalangan..... Julai 2004

37- Kemungkinan besar hasil tani keluaran bumiputra rendah disebabkan oleh fenomena tanah masam.... Ogos 2004

38- Penggunaan tayar kereta terbuang sebagai tembok pagar untuk ladang dan kebun - idea 12 September 2004

39- Penggunaan tin terbuang sebagai tempat semaian tanaman, tin tersebut ditanam bersama pokok tanaman di ladang dan dibiarkan mereput dengan sendiri - idea 13 September 2004

40- Pengenalan tambang separuh pengangkutan rel dan bas di Kuala Lumpur selama sebulan bagi mempromosikan penggunaan pengangkutan awam - idea 27 September 2004

41- Penghasilan metanol secara industri sebagai bahanapi perantaraan yang serba-boleh dimana metanol boleh dihasilkan dari apa-apa sumber karbon termasuk gas asli dan sisa kayuan. Bahanapi metanol boleh dihasilkan dengan kos lebih murah daripada etanol - idea 20 Oktober 2004

42- Strategi menangani penagihan dadah di Malaysia secara paradigma ekstrem dengan penempatan penagih kronik di pulau terpencil dan menanam sendiri tanaman dadah untuk kegunaan sendiri dengan konsep biarkan mereka hidup dengan bertuhankan dadah. Apabila khayal itu menjadi terlampau biasa, mereka akan bosan. Menanam sendiri sumber dadah juga menjatuhkan nilai komoditi di pasaran dunia, merugikan para pengedar luar negara apabila ia sudah tiada nilai dagangan- idea 19 november 2004

43- Menukar ciri lorong tambahan di lebuhraya boleh mengurangkan kadar kemalangan dimana ianya tidak boleh lagi disalahgunakan sebagai laluan memotong atau memecut idea 21 november 2004

44- Penambahan ciri terusan pinggiran KL dengan sistem terusan outlet sentiasa rendah, sungai KL mercutanda dibuat secara terapung dimana aliran air buangan berada dibawah, manakala air di permukaan untuk kegunaan rekreasi - idea 21-11-04

45- Merawat pencemaran sisa toksik dengan mengunakan air kumbahan atau mendakan teraktif ( activated sludge ) logi rawatan sisa iaitu dengan cara mencampurkan bahan toksik dengan bahan tersebut. Biodiversiti mikroflora yang pelbagai akan menjalankan tugasnya dengan cara menyerap atau mengubah bentuk struktur baha toksik. - idea 25-11-2004

46- Penghasilan metanol di Malaysia amat relevan kerana ianya merupakan salah satu bahan diperlukan untuk menghasilkan biodiesel daripada kelapa sawit. Biodiesel konvensional terdiri daripada bahan metil ester sawit. Unsur metil datangnya daripada metanol. - 04-12-2004

47- Setelah pengwujudan sistem pengangkutan awam yang cekap di KL, kempen tambang separuh perlu diadakan bagi memaksimumkan kesannya keatas aliran trafik. - idea 05-12-2004

48- Kaedah alternatif mengurangkan aliran trafik di KL dengan pengiliran penggunaan kenderaan persendirian diantara nombor plat ganjil dengan dipadan bilangan minggu keberapa. Kaedah denda yang unik boleh dikenakan seperti membayar denda jika bukan mengikut giliran tetapi kenderaan yang mempunyai bilangan lebih pengguna 3 orang dikecualikan. Jika 2 pengguna sahaja bayaran denda adalah RM 50, jika seorang sahaja denda RM 200. Denda itu merupakan kupon atau tiket prabayar pengangkutan rel dan bas. Secara tidak langsung akan menggalakkan penggunaan kenderaan awam - idea 05-12-2004

49- Pihak berkuasa boleh menimbangkan bayaran denda atau saman lalulintas di Kuala Lumpur diganti dengan nilaian kupon atau tiket prabayar pengangkutan awam rel dan bas. Ini akan mengakibatkan tindakbalas berantai yang dapat mengurangkan kadar aliran trafik di KL di mana tiket yang dibeli oleh pemandu akan diguna pula oleh anak atau ahli keluarganya yang lain - idea 06-12-2004

50- Formulasi tambahan mengatasi kesesakan lalulintas KL, rakyat digalak membeli seberapa banyak kereta tetapi kurang guna kereta bila untuk memasuki kawasan bandar - idea 07-12-2004

51- Mengatasi masalah bekalan air yang kronik dengan mewujudkan loji air mini di tempat yang bermasalah ( mengulangi era sebelum merdeka). - idea 08-12-2004

52- Kecurian jeriji besi waja di longkang majlis bandaran diatasi dengan mengantikan dengan kerangka penutup yang dibuat daripada simen-fero - idea 08-12-2004

53- Orang Malaysia perlu mengamalkan budaya baru iaitu prosedur memakai/menyediakan baju pelampung bila berurusan dengan air contoh pergi memancing, menaiki bot atau menyimpan dalam kereta. - idea 15-12-2004

54- Memartabatkan tumbuhan natif dalam lanskap moden kota dan bandar dengan strategi sususan pokok tempatan diutama manakala tumbuhan luar/import menjadi pinggiran contoh bunga raya ditanam di tengah dan tinggi manakala bunga chrisenthemum ditanam rendah dan mengelilingginya. - idea 16-12-2004

55- Kempen preservasi tanaman hutan asli di kawasan pantai -idea 17-12-2004

56- Potensi pasu bunga pasang siap daripada simen fero.

57- Idea penubuhan taman rakyat di kawasan terbiar di bandar bagi tujuan memberi benih tanaman percuma kepada warga bandar.

58- Sistem saliran berbentuk jejaring kurang risiko kejadian banjir, konsep saling-saliran.

59- Restoran di kawasan lebuhraya atau jalan utama perlu mempunyai kemudahan tandas awam yang 'selesa' ( tidak perlu mewah atau eksklusif) untuk menarik hati pelanggan. - idea 17-12-2004

60- Isu bank mengenakan caj keterlaluan, pejabat pos dicadang menghidupkan kembali fungsi simpanan wang untuk golongan rakyat berpendapatan rendah. - idea 19-12-2004

61- Sistem pengaduan secara SMS amat sesuai dilaknakan untuk organisasi kerajaan dan swasta dimana pengaduan terus ke peringkat atas dan memudahkan analisa data bagi tujuan pengurusan - idea 21-12-2004.

62- Menambah-nilai kebun getah dengan penanaman tanaman tahan redup seperti orkid, cendawan, herba-ulam tertentu, ternakan lembu-kambing-ayam-itik-arnab dan ternak ikan dalam kolam konkrit. - idea 23-12-2004

63- Sokong Subang untuk menjadi LCC sementara KLIA perlu dinaik-taraf untuk menjadi lapangan terbang terbesar di dunia, dalam kata erti lain Subang menjadi lapangan terbang sokongan sementara KLIA sekarang ini yang berada di fasa pertama harus dinaiktaraf - idea 24-12-2004

64- Kelab bimbingan veteran perlu diwujudkan di setiap arena jenis sukan dimana atlit veteran cemerlang boleh meluahkan pengalaman suka duka peribadi dan semangat juang kepada atlit baru. -idea 24-12-2004

65- Wanita melayu perlu mengamalkan pemakanan anti-oksidan iaitu ulam/sayuran asli tempatan elak kejadian kanser merbahaya - idea 26-12-2004

66- Kurangkan risiko penggunaan gas di dapur domestik dengan menggunakan format tin gas kecil kurang 1 kilogram e.g. 500 gram, 300g, 250g.

67- Ekoran tragedi ombak besar yang berlaku di utara pantai barat semenanjung berikutan gempa bumi besar di Sumatera pada 26-12-2004, sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan;
i- sistem siren amaran kecemasan kepada orang awam
ii- tempat perlindungan ketika kecemasan/ darurat dibawah program Nyawa Umat Untuk Hidup Ke Masa Hadapan atau singkatan- "N.U.H.H."
iii- untuk binatang dan tumbuhan perlu pusat perlindungan spesies. - idea 27-12-2004

68- Kerajaan perlu mengadakan inisiatif kepada syarikat akhbar/media cetak untuk keluarkan produk bacaan/bahan bercetak lebih berkos rendah... meliputi langkah;
i- pengurangan cukai
ii- pengurangan kos pengangkutan dengan menggunakan NGV
iii- caj rendah untuk angkutan rel dan kapal terbang
iv- pengeluaran sendiri dalam negara kertas mutu tinggi/rendah/sederhana
v- inisiatif kepada syarikat keluar bahan dakwat karbon/warna.

Motif lain, syarikat akhbar/cetak mempunyai tangungjawab besar dalam membina minda dan terlibat secara langsung dengan proses pendidikan negara maka itu harus dibantu kerajaan. - idea 04-01-2005

69- Berikutan tsunami 26-12-2004, pembudayaan besar-besaran penggunaan baju pelampungan perlu diperluaskan, ia boleh dibuat dengan kaedah lebih mudah dan murah dengan gandingan bahan kain tahan reput air, botol air mineral/minuman berkarbonat dan gabus polisterina terbuang.

70- Setiap kampung disyorkan mengabungkan modal sendiri dan menubuhkan entiti KOMER iaitu Kumpulan Organisasi MeMajukan Ekonomi Rakyat dimana biayai usaha tani, usaha niaga. Contoh kedai IT, kedai jahit, bengkel membaiki motor dan kereta, menyewa jentera bajak atau jentolak pada kadar rendah kepada anak kampung mereka sendiri.

71- Berikutan tsunami, kita semua perlu mula menghormati alam sekitar dengan melakukan pembangunan mesra alam atau pembangunan mengikut ciri asal ekologi tempat itu, contoh kawasan gambut berpaya boleh dijadikan kawasan ladang dengan aplikasi konsep terusan dan ban permatang, terusan boleh menyimpan kapasiti asal air manakala kawasan permatang untuk penanaman komersial, dengan itu juga biodiversiti tanaman dan binatang fauna asal dapat dikekalkan dan dipelihara disamping mengurang risiko kebakaran gambut. Kawasan berpantai/ muara sungai perlu ditanam bakau-nipah di kawasan pinggiran air manakala kawasan sempadan tanah kebun perlu ditanam pohon natif setempat... idea 10-01-2005

72- Aduan sms untuk aduan bagi jabatan kerajaan atau agensi swasta membolehkan pemantauan keberkesanan kerja di kawasan sub-sektor , aduan yang berulang menunjukkan ketidak-keberkesanan kerja pekerja di kawasan tersebut. Kawasan yang cekap akan menunjukkan aduan menurun dan menjadi angka kecil, pekerja di tempat tersebut berhak untuk kenaikan pangkat dan gaji.

73- Menangani denggi dengan kaedah ''umpan biak dan bunuh'' iaitu membiarkan nyamuk membiak selama 5 hingga 7 hari kemudian ditapis dengan pam... idea 20 januari 2005

74- Keberkesanan kempen basmi nyamuk di bandar, pihak majlis tempatan harus mempunyai jadual tetap pembersihan sesuatu sub-sektor kawasan seliaannya sekurang-kurangnya 6 bulan sekali, selepas pembersihan itu maka PBT boleh saman kompaun premis yang tidak bersih/menakung air....idea 22-01-05

75- Pasca-tsunami, penternakan udang/ikan air payau di kawasan bakau secara kolam takungan boleh ditukar secara penternakan dalam sangkar yang lebih mesra alam... idea 26-01-2005

76- Terjemahan pintar di televisyen memudahkan rakyat Malaysia berkebolehan multi bahasa dimana bahasa asal dalam ejaan rumi disamping sarikata berbahasa melayu... idea 27-03-2005

77- Kaedah awet getah diaplikasi keatas kayu bukan spesies balak untuk hasil perabot bermutu, cotoh kayu pokok buah-duriah,sentul , spesies hutan sekunder-ketapang,ru, atau pokok spesies pendatang - eukaliptus.... idea 02-04-2005

78- Keadah murah dan mudah untuk mengurang pencemaran sungai dengan pembinaan kolam penahanan air buangan ( retention pond ).... idea 05-04-2005

79- Denda yang paling berpatutan dikenakan kepada pemusnah alam sekitar ialah, mereka mestilah membiayai penanaman semula pokok hutan ditempat lain bersamaan keluasan dan pembinaan kolam rawatan air buangan sebelum dialirkan kedalam sungai....idea 07-04-2005

79- Diantara kaedah yang boleh dijadikan alternatif mengelak penyeludupan diesel atau subsidi bahanapi;
i- pemantauan secara menyeluruh menerusi sistem maklumat bersepadu penggunaan bahanapi
ii- sistem rebet minyak ditukar guna beli barang keperluan bagi pengguna biasa
iii- rebet minyak ditukar kepada potongan cukai untuk syarikat

80- Mengutamakan makanan kaya antioksidan seperti ulam-ulaman, sayuran herba asli tempatan untuk mengurang risiko kanser atau melawan kanser.......idea 29-10-2005

81- Membantu industri filem tanahair dengan membeza kategori filem seni dengan filem popular dan sokongan kemudahan tayangan filem seperti Panggung Seni yang juga boleh berfungsi sebagai Pentas Drama/Teater dan Auditorium mini untuk konsert atau seminar awam ....... idea Jun 2006

82- Wawasan Global untuk negara miskin/sedang membangun iaitu memajukan produk bijirin murah seperti sekoi/betari ( pearl millet/sorghum bicolor ) sebagai makanan ternak ayam/itik yang murah dan produk bahanapi bio daripada sawit, nipah, jatropha, avokado dan kabung....... idea 10 Jun 2007

83- Penguasaan bijirin dan bahanapi bio tropika dunia memulakan satu dunia baru yang lebih makmur di mana memulakan penguasaan negara miskin tropika kepada ekonomi dunia di mana Malaysia berperananaftif menginisiatif wawasan ke arah itu.

84- Proton dan Petronas boleh menjadi pemacu utama untuk mengenengahkan wawasan bahanapi bio dunia yang baru.

85- Malaysia memerlukan satu pusat pemuliharaan baka tanaman komersial yang bukan komoditi dimana menekankan penulenan baka sayuran untuk kegunaan domestik. Penghasilan baka tulen dapat mengelakkan kemudaratan akibat bencana luar jangka dimana penggunaan baka kacukan yang berluasa sekarang ini tidak dapat berfungsi memberi hasil jika tidak terima bekalan dari pengeluar benih di negara barat.

86- Kaedah penanaman sayuran yang baru dimana tiada memerlukan pembajakan dimana boleh digunakan kaedah tapak tetap dengan gandingan pasir, penutup bumi dan bata simen...... Jun 2007

87- Pengurusan kebun buah tanpa rumpai dengan penutup bumi seperti karpet span atau gabungan plastik buangan dengan sisa selulos kayu.

88- Ternakan kolam dengan kaedah semulajadi sepenuhnya seperti pengitar sisa makanan ( guna kerangan air tawar, udang halus ), pengitar nitrogen dan CO2 ( guna rumpair ).

89- Pengawalan siput babi dengan penaburan baja dan kapur pertanian di sekeliling kebun manakala serangga pemakan daun dikawal dengan siraman air sabun sisa basuhan.

90- Kaedah bersepadu untuk mengurang dan menghapuskan populasi belalang juta di Afrika dengan menanam spesies tanaman tertentu yang mungkin kalis serangan belalang seperti keladi dan sukun (sumber kanji) , buluh (sumber kayu api), jatropha dan avokado (sumber bahanapi bio), tanaman toksik bunuh belalang secara langsung seperti spesies renek hutan Amazon..... Jun 2007

91- Konsep kebun rumah yang paling mudah dengan penambahan atap plastik di tepi rumah, pokok sayur boleh ditanam secara semiponik atau semiterra dimana kaedah tersebut adalah kaedah konvensional yang terubahsuai yang memudahkan penyiraman pada kekerapan rendah dalam seminggu.

92- Rahsia kesuburan tanah pertanian orang Melayu adalah penggunaan kapur alkali untuk menghilangkan kemasaman tanah. Pembaziran sumber seperti baja buatan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dan melarut-resap ke sistem saliran sungai dan mencemari laut.

93- Kaedah pagar kayu tahan lama dengan pembalutan simen bermatrik guna kertas buangan atau kain buruk.... 01 Julai 2007

94- Kebun rumah bebas makhluk perosak dengan penanaman penghalau serangga seperti sengkuang, bawang putih, pudina, serai wangi.

95- Penggunaan pudina sebagai penutup tanah kawasan kebun dan sebagai anti-serangga pemakan daun.

96- Penanaman tanaman buah kontan bersepadu serentak hasil dengan labu madu, labu air, melon susu dan tembikai beri hasil berganda kepada pekebun kecil.

97- Agenda baru penanaman tanpa bajak menjimat kos dan pemuliharaan alam sekitar. Dimana diguna kaedah 'adaptor', liputan pasir bebas rumput dan pensempadanan konkrit.

98- Membudayakan penanaman padi secara kering ( dengan hasil sama atau lebih cekap dari padi sawah ) sebagai persediaan menghadapi kekurangan air di masa depan.

99- Penggunaan penutup bumi guna semula dibuat dari gabungan matriks plastik dan racikan kayu buangan di kawasan ladang dan kebun selamatkan alam sekitar tanpa racun rumpai.

100- Paradigma wawasan pertanian baru berkonsepkan - tanaman kekal atau komoditi di kawasan rendah berair yang distruktur terusan dan ban. Manakala kawasan tinggi dikhususkan untuk tanaman komersial dan bijirin sepanjang tahun.

next............. RamzDirektori^3

previous.............. RamzDirektori^1

main page......... RamzWorld-Research1987to2057

end list...


1




1

1

No comments:

About Me

My photo
Writing public articles

Followers